ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA . SEMOGA ANDA CERIA SELALU DAN SEMOGA BLOG NI DAPAT MEMBERI PENGETAHUAN TAMBAHAN KEPADA ANDA DAN SAYA . INSHAALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 22 Mei 2012

Lembaga Kecil Berselubung Hitam

Hantu. Ramai yang ngeri bila dengar lagi-lagi bila jumpa sendiri kan. Tapi, dalam takut-takut tu, manusia ni curiousnya tinggi sangat siap ada yang berani ajak jumpa lagi tu. Apa, ingat dia kawan facebook ke? Ada pulak yang kononnya nak menghalau hantu yang mengganggu kawasan. Perghh..dah macam samseng dah memasing. Tak puas hati, face to face la! kan. Hahaha.

Aku sebenarnya, ada agak banyak juga pengalaman dengan hantu ni. Bukan term yang sesuai sebenarnya, 'hantu' ni sebab mereka ni tak wujud tapi diwujudkan oleh Syaitanirrojim.Wallahua'lam. Kalau buat resume dah kira boleh demand gaji ni dengan pengalaman 'agak banyak' macam ni. Tu pun, kalau apply jadi pembantu pawang.Ehehe.

Pengalaman 1:
Pengalaman pertama aku, ini memang aku betul-betul tak tipu dan aku tak rasa tu sebagai halusinasi. Hanya syaitanirrojim yang mengganggu untuk menggusarkan hati manusia yang berjiwa suci macam aku. Eerrr..time tu, kira jiwa masih suci la belum akil baligh baru darjah enam kira setuju je la..dengan kenyataan aku tu ye.

Biasanya aku akan paksa adik lelaki aku yang berumur 4 tahun untuk teman aku tidur. Paksaan kat sini, aku biarkan dia tidur dengan mak aku dulu, bila dia dah lena aku akan angkat dia slow2 letak kat atas katil sebelah aku. Tapi malam tu, cepat pulak dia terjaga lepastu terus ketuk pintu bilik mak. Hampeh je budak ni aku penat2 sampai menitik keringat dingin mengangkat dia, dia boleh pergi macam tu je. Entah kenapa perasaan takut melampau2 datang menghantui perasaan aku. Tak pe la, aku sambung baca buku sains sebab esok ada exam subjek sains untuk UPSR. 

Lampu aku pasang, dan pintu bilik aku buka. Mata mula mengantuk dan aku cuba berbaring atas katil untuk mempengaruhi fikiran sendiri supaya mata akan terpejam dan perasaan seram dapat aku abaikan untuk tidur yang lena. Sesekali aku berselubung, pastu aku selak selimut untuk lihat sekeliling ruang bilik. Pada satu masa tu, aku lihat mak aku membawa segelas air yang jernih dengan dulang kecil menuju ke meja studi aku. Aku seperti standard nya anak-anak kecik berlagak cool tanda merajuk dengan mak. Aku kembali berselubung aku tunggu mak aku untuk baring disebelah aku, tapi katil aku tak berbunyi pun mungkin mak aku ke dapur kot. Aku pun tengok sekeliling cari mak aku dan tengok gelas atas meja. Takde!Mak!!!!!!!!!!!!!!!!! jerit dalam hati je. kira jeritan batinku la..ewah!. Aku tengok pintu bilik mak tertutup. Aku tak nak ganggu mak, aku pun duduk atas katil sambil pegang buku sains dan akhirnya aku tertidur jugak di sudut katil. 

Esoknya, aku ceritakan pada mak aku. Mak aku kata aku terlalu takut, sebab tu jadi macam tu aku tengok mak aku relaks je tak ambil serius pun cerita aku. Aku pun abaikan je la. Esoknya, aku tidur di rumah wan (nenek) aku. Tak la takut sangat sebab aku dah jadi berani tiba-tiba tidur dengan wan.

Pengalaman 2:
Kejadian ni, berlaku pada waktu maghrib. Sebagai budak yang selalu kena paksa  rajin pergi ke masjid, aku  bersiap2 la nak follow wan aku ke masjid. Jarak masjid dengan rumah wan hanyalah sepelaung.Eceh. kira dekat la sangat, sebelah rumah je. Tapi aku tak nak pergi sorang2 aku nak pergi bersama2 dengan wan. 

Sesudah pakai telekung siap2, aku pergi berlari ke pintu rumah dan wan aku menyuruh aku kunci pintu rumah selesai je kunci, aku tengok wan aku dah pergi berjalan ke masjid. Aku cepat2 letakkan kunci di tempat sorokan biasa dan menjenguk di tangga dengan harapan wan aku tunggu aku di bawah rumah. Sempat lagi aku jerit minta wan tunggu aku. Ah! lega, wan tunggu bila aku nampak dia di bawah pokok rambutan. Aku pun cepat2 turun tangga dan berlari sambil memandang ke tanah bimbang tersepak batu dan terus menuju ke arah pokok rambutan yang berada di tengah jalan antara rumah wan dengan masjid. 

Bila aku baru je nak cakap 'wan!nasib wan tunggu orang', dengan sengihan aku memandang pokok rambutan yang kosong, aku pun batalkan niat ke masjid dan berlari semula ke rumah. Nak ambil kunci yang diletakkan di belakang tingkap, takut pulak ada yang menarik tangan aku dari dalam. Okay la. dalam keadaan yang nak nangis  tenang, aku buat keputusan yang aku mesti berlari pecut ke masjid jugak. Tanpa fikir lebih panjang, aku pun berlari ke masjid dan sempat bersolat maghrib secara berjemaah. Di masjid, aku yang kecoh ni mula menceritakan kejadiaan petang tadi pada wan. Riak  muka wan aku sama macam anak dia (Mak aku) bila dia dengar cerita 'hantu' aku. Mungkin wan aku dalam dilema nak percaya atau tak, sebab dia tau kegilaan aku membaca  buku Siri Bercakap Dengan Jin dari Tamar Jalis. Tapi bila teringat semula jelmaan tu, patutla pelik jugak sebab dia biarkan kain telekung dia terheret ke tanah.


                                                                                                                          ...........akan bersambung


Isnin, 21 Mei 2012

Realiti Mimpi

Hari ni, aku pergi bekerja luar dari kebiasaan. Aku bermalam di rumah wan(nenek) aku. Aku dan kakak ku, kami memutuskan yang kami akan menemani wan dan akan berulang-alik dari rumah wan ke tempat kerja. Keputusan ni kami buat bila mengenangkan yang kami dua beradik jarang pulang ke rumah mak. Tambahan pula kami rasakan yang kami memang sepatutnya berada di samping wan sementara hayatnya masih ada.

Nyamannya pagi di kampung, dah lama aku tak rasa 'bahagia' macam ni. Di halaman rumah, riuh rendah dengan suara ketawa rakan-rakan sekampung yang singgah ke rumah wan selepas mereka pulang dari kedai membeli kuih-muih untuk sarapan pagi. Kebetulan, saudara-maraku ramai yang pulang ke kampung dan ada di antara saudaraku yang mengahwini seorang lelaki petani cina, bertambah rancaklah mereka bercerita tentang tanaman dan perniagaan. Aku pun tak pasti betul ke, dia saudara aku? sebab sepanjang perkenalan dengannya, dia hanya kawan sekampung entahla. Di tangga merah, aku menggambil kasut dan menyarungnya sambil tersenyum dengan 'kedamaian' pagi tu bahagia sangat aku rasa.

Aku berlari menuju ke perhentian bas, pagi yang nyaman tu, agak mendung dan tiba-tiba hujan mula turun renyai. Payung! lupa pula aku bawa, selalunya ada saja dalam beg ni. Aku berhenti di kedai Tek untuk berteduh, ini adalah nama yang diberikan sebab owner kedai tu dipanggil Tek. Aku pun tak tau sebab apa. Alah, biasa la orang kampung macam-macam gelarannya sampaikan generasi yang baru pun, terikut-ikut panggil nama panggilan yang sama.

Dalam ke-renyai-an hujan, aku nampak bas. Lajunya! aku pun cepat-cepat meluru ke perhentian bas. Baru nak melintas jalan tiba-tiba! oh! tiba-tiba aku terjaga dari tidurku yang singkat. Mengeluh lagi aku pagi ni kerana semua tu mimpi. 

Seperti sedar tak sedar, wan aku telah pulang ke rahmatullah 3 tahun yang lepas. Kakak2ku pula, sudah mendirikan rumahtangga, saudara-maraku pula sudah lama aku tak jumpa sebab mereka jarang pulang ke kampung selepas rumah wan aku terbakar 2 tahun yang lepas.

Mimpi bagi aku, harapan tentang sesuatu yang kita sangat perlukan tetapi terhalang dalam kehidupan realiti. Mimpi ni, menyedarkan aku tentang kehilangan besar sesuatu yang amat mempengaruhi kehidupan aku .Wan aku Mazidah Binti Kuming, kampungku, keriuhan  dan kemesraan sahabat handai semasa kecil. Mungkin kekosongan jiwa dan kerinduan yang mendalam pada arwah wan aku membuatkan, aku kerap mimpikan dia. Sampaikan mimpi aku, visualkan keadaan aku berbual dan ketawa dengan arwah wan di setiap sudut rumah. 

Mimpi juga tak dinafikan dalam Islam.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri, bahawa sesungguhnya dia mendengar Nabi saw bersabda:
“Apabila sesorang dari kamu melihat suatu mimpi yang menyenangkan maka sesungguhnya mimpi itu hanyalah dari Allah swt, maka hendaknya dia memuji Allah swt (bertauhid) atas mimpinya dan hendaknya ia memberitahukannya. Dan apabila ia melihat tidak demikian dari yang tidak menyenangkannya maka sesungguhnya mimpi itu hanyalah dari syaitan, maka hendaklah ia memohon perlindungan (ta’awwudz kepada Allah swt) dari keburukannya dan janganlah menuturkannya kepada seseorang, maka mimpi itu tidak membahayakannya (madharat).” (HR : Bukhari).

Aku bahagia dengan mimpi sebab aku rindu dengan arwah wan, rindu bau rumput yang berembun. Hurm, tapi dalam masa yang sama aku sedih bila memikirkan yang perkara macam tu takkan mungkin jadi dalam kehidupan realiti ni. Semoga roh nya tenang disisi Allah s.w.t, rabbul izzati.