ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA . SEMOGA ANDA CERIA SELALU DAN SEMOGA BLOG NI DAPAT MEMBERI PENGETAHUAN TAMBAHAN KEPADA ANDA DAN SAYA . INSHAALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 21 Mei 2012

Realiti Mimpi

Hari ni, aku pergi bekerja luar dari kebiasaan. Aku bermalam di rumah wan(nenek) aku. Aku dan kakak ku, kami memutuskan yang kami akan menemani wan dan akan berulang-alik dari rumah wan ke tempat kerja. Keputusan ni kami buat bila mengenangkan yang kami dua beradik jarang pulang ke rumah mak. Tambahan pula kami rasakan yang kami memang sepatutnya berada di samping wan sementara hayatnya masih ada.

Nyamannya pagi di kampung, dah lama aku tak rasa 'bahagia' macam ni. Di halaman rumah, riuh rendah dengan suara ketawa rakan-rakan sekampung yang singgah ke rumah wan selepas mereka pulang dari kedai membeli kuih-muih untuk sarapan pagi. Kebetulan, saudara-maraku ramai yang pulang ke kampung dan ada di antara saudaraku yang mengahwini seorang lelaki petani cina, bertambah rancaklah mereka bercerita tentang tanaman dan perniagaan. Aku pun tak pasti betul ke, dia saudara aku? sebab sepanjang perkenalan dengannya, dia hanya kawan sekampung entahla. Di tangga merah, aku menggambil kasut dan menyarungnya sambil tersenyum dengan 'kedamaian' pagi tu bahagia sangat aku rasa.

Aku berlari menuju ke perhentian bas, pagi yang nyaman tu, agak mendung dan tiba-tiba hujan mula turun renyai. Payung! lupa pula aku bawa, selalunya ada saja dalam beg ni. Aku berhenti di kedai Tek untuk berteduh, ini adalah nama yang diberikan sebab owner kedai tu dipanggil Tek. Aku pun tak tau sebab apa. Alah, biasa la orang kampung macam-macam gelarannya sampaikan generasi yang baru pun, terikut-ikut panggil nama panggilan yang sama.

Dalam ke-renyai-an hujan, aku nampak bas. Lajunya! aku pun cepat-cepat meluru ke perhentian bas. Baru nak melintas jalan tiba-tiba! oh! tiba-tiba aku terjaga dari tidurku yang singkat. Mengeluh lagi aku pagi ni kerana semua tu mimpi. 

Seperti sedar tak sedar, wan aku telah pulang ke rahmatullah 3 tahun yang lepas. Kakak2ku pula, sudah mendirikan rumahtangga, saudara-maraku pula sudah lama aku tak jumpa sebab mereka jarang pulang ke kampung selepas rumah wan aku terbakar 2 tahun yang lepas.

Mimpi bagi aku, harapan tentang sesuatu yang kita sangat perlukan tetapi terhalang dalam kehidupan realiti. Mimpi ni, menyedarkan aku tentang kehilangan besar sesuatu yang amat mempengaruhi kehidupan aku .Wan aku Mazidah Binti Kuming, kampungku, keriuhan  dan kemesraan sahabat handai semasa kecil. Mungkin kekosongan jiwa dan kerinduan yang mendalam pada arwah wan aku membuatkan, aku kerap mimpikan dia. Sampaikan mimpi aku, visualkan keadaan aku berbual dan ketawa dengan arwah wan di setiap sudut rumah. 

Mimpi juga tak dinafikan dalam Islam.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri, bahawa sesungguhnya dia mendengar Nabi saw bersabda:
“Apabila sesorang dari kamu melihat suatu mimpi yang menyenangkan maka sesungguhnya mimpi itu hanyalah dari Allah swt, maka hendaknya dia memuji Allah swt (bertauhid) atas mimpinya dan hendaknya ia memberitahukannya. Dan apabila ia melihat tidak demikian dari yang tidak menyenangkannya maka sesungguhnya mimpi itu hanyalah dari syaitan, maka hendaklah ia memohon perlindungan (ta’awwudz kepada Allah swt) dari keburukannya dan janganlah menuturkannya kepada seseorang, maka mimpi itu tidak membahayakannya (madharat).” (HR : Bukhari).

Aku bahagia dengan mimpi sebab aku rindu dengan arwah wan, rindu bau rumput yang berembun. Hurm, tapi dalam masa yang sama aku sedih bila memikirkan yang perkara macam tu takkan mungkin jadi dalam kehidupan realiti ni. Semoga roh nya tenang disisi Allah s.w.t, rabbul izzati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

| Ada Cerita yang Ingin Dikongsi? |